Aktiviti ANULAE Cawangan MP Kuantan

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Kuantan

Penyampaian Peniaga Cemerlang Bazar Ramadan 2019

Penyampaian Peniaga Cemerlang 2019 Bazar Ramadan Peramu Oleh Ahli Majlis MPK YH. Dato’ Hasnul Hamidi Bin Harun, DIMP Pada 31 Mei 2019.

 

Penyampaian Peniaga Cemerlang 2019 Bazar Ramadan Beserah Oleh Ahli Majlis MP Kuantan Puan Hajah Wan Napia’ah Bt Yusop, PJK Pada 31 Mei 2019.

Program Ziarah Ramadan 2019

Sdra. Rosly Bin Hitam, Setiausaha ANULAE Cawangan MP Kuantan bersama AJK Cawangan mengadakan program ziarah ramadhan bagi menyampaikan sumbangan kepada ahli yang memerlukan.

 

Sumbangan Kecemerlangan Dermasiswa 2019

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Alor Gajah

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Alor Gajah

Ziarah Kasih Ramadan Dan Sumbangan Kepada Pesara Penguatkuasa MP Alor Gajah (MPAG)

Sdra. Setiausaha ANULAE Cawangan MP Alor Gajah bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan melawat bekas-bekas ahli ANULAE serta menyampaikan sumbangan sempena sambutan Ramadhan.

Setiausaha ANULAE Cawangan MP Alor Gajah, Sdra. Abdul Malek Bin Md. Yusop menyampaikan sumbangan kepada pesara penguatkuasa MP Alor Gajah.

 

 

Setiausaha ANULAE Cawangan MP Alor Gajah, Sdra. Abdul Malek Bin Md. Yusop menyampaikan sumbangan kepada pesara penguatkuasa MP Alor Gajah.

Aktiviti ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Kulai

Aktiviti ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Kulai

Kursus Asas Kadaran Sebagaimana Perundangan

(Akta Kerajaan Tempatan) Anjuran Bersama ANULAE MP Kulai Dan PEPAM (Persatuan Pegawai Penilaian PBT Malaysia) Siri 2.

Bagi menambah dana ANUALE Cawangan MP Kulai, dalam Mesyuarat Jawatankuasa ANUALE Caw. MPKu Bil 10/2017-2020 yang diadakan pada 11 Oktober 2018, telah bersetuju untuk mengadakan kursus keatas Pegawai-Pegawai Penilaian.  Kursus ini dianjurkan sepenuhnya oleh ANUALE Caw. MP Kulai dan dibantu oleh PEPAM (Persatuan Pegawai Penilaian PBT Malaysia) dalam mendapatkan peserta-peserta dikalangan ahli PEPAM.  Untuk menjimatkan kos Pengerusi ANULAE MP Kulai merangkap Pengerusi PEPAM (Sdr. Dr Haji Soeb bin Haji Pawi) telah bersetuju menawarkan diri sebagai Tenaga Pengajar.

 

Ziarah Kakitangan Yang Sakit

Setiausaha ANULAE Cawangan MP Kulai Cik Sikintan Binti Sirin bersama AJK ANULAE Caw. MPKu menziarahi Puan Norfarawaheda Binti Kassim pengidap sakit buah pinggang di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai. –  Pada 12 Januari 2019 untuk memberi sokongan moral.

Pengerusi ANULAE Caw. MP Kulai Dr Haji Soeb bin Haji Pawi menziarahi Puan Nurhayati Binti Md Salleh Pen. Pegawai Penilaian yang baru menjalani Pembedahan di lutut pada 24 Januari 2019 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (Bersama adalah suami Puan Nurhayati).

Sahabat-sahabat dari MP Kulai menziarahi En. Mahmmod Bin Manat Pembantu Penguatkuasa yang mengidap penyakit Kanser Usus di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Pada 18 November 2018. (Beliau Telah Meninggal dunia pada 22 Januari 2019)

ALFATIHAH.

Ziarah Tuan Setiausaha Agung ANULAE, Encik Ramli bin Khalil

Pengerusi dan Setiausaha serta AJK ANULAE Cawangan MP Kulai menziarahi Tuan Setiausaha Agung ANULAE Encik Ramli bin Khalil yang kurang sihat dirumah beliau Di Bukit Pasir, Muar pada 31 Januari 2019.

 

Aktiviti Tahunan Bulan Ramadan ANULAE Cawangan MP Kulai

 

Membersih Kawasan Tanah Pekuburan Islam Di Tan Yoke Fong, Kulai, Pada Hari Jumaat 24 Mei 2019.

Aktiviti ANULAE Cawangan Johor Barat

Aktiviti ANULAE Cawangan Johor Barat

Program Memasak Bubur Lambuk Di Majlis Perbandaran Batu Pahat

Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan Johor Barat bergotong-royong memasak bubur lambuk sempena menyambut bulan Ramadhan untuk diedarkan kepada ahli-ahli ANULAE.

.

Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018

Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018

Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018

Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018 yang julung-julung kalinya diadakan, telah disertai oleh ahli-ahli wanita dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Persidangan ini telah diadakan di Dewan Sivik MBPJ pada 17 November 2018.

Sessi sidang pleno disertai oleh Penal Jemputan iaitu Encik Mohd Hasdi Bin Muda, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Jabatan Pembangunan Wanita, Puan Noorizai binti Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar Kanan, Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UPM, Dr. Izham Bin Nayan, Pengarah Latihan & Penyelidikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang  turut serta oleh Datuk Haji Azih Bin Muda, Presdien ANULAE Semenanjung Malaysia.