Aktiviti ANULAE Cawangan MP MUAR

Aktiviti ANULAE Cawangan MP MUAR

Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Meraikan Bakal Haji ANULAE Cawangan MP Muar

Majlis Sambutan Hari Raya dan Meraikan Bakal Haji bagi tahun 2019 telah disambut dengan meriahnya oleh seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Muar di oleh seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Muar di perkarangan Dewan Jubli Intan, Muar pada 4 Julai 2019.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Mustaffa Kamal bin H.Shamsudin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Encik Azmi bin Ahmad, Setiausaha Majlis Perbandaran Muar dan Barisan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Muar.

Bagi Majlis Perbandaran Muar seramai 5 orang anggota Majlis Perbandaran Muar yang di beri peluang menjalankan ibadah Rukun Islam kelima tersebut. Tiga orang daripada mereka merupakan pesara Majlis Perbandaran Muar. Moga perjalanan pergi dan balik bagi Encik Md Nassir bin Abu, Puan Fadzilah binti Abdul Samad, Puan Mahfuzah binti Rasul, Encik Zailani bin Siyes dan Encik Ali bin Kassim diberkati dan moga memperolehi haji yang mabrur.

Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Haji Dato Kyai Shamsudin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar menyampaikan sumbangan kepada kakitangan yang juga ahli ANULAE yang akan menunaikan fardhu haji.

Memasak Dan Mengedar Bubur Lambuk

Bersempena Majlis Khatam Al Quran peringkat Majlis Perbandaran Muar, ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran (MP) Muar telah mengadakan Majlis Memasak dan Mengedarkan Bubur Lambuk kepada semua anggota Majlis Perbandaran Muar pada 30 Mei 2019 bersamaan 25 Ramadhan 1440H yang merupakan program bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Muar.

Aktiviti memasak dan mengedarkan bubur lambuk dijalankan secara gotong-royong sesama ahli jawatankuasa dan anggota Majlis Perbandaran Muar itu sendiri. Moga ukhwah akan terus terjalin dan moga kita diberikan kesempatan bertemu di Ramadhan akan datang.

ANULAE Cawangan MP Muar ‘Sana Sini’

Pengedaran Kurma Sempena Menyambut Bulan Ramadhan

Perhimpunan Perdana CUEPACS

Pegawai Kanan Cawangan bersama AJK Cawangan menghadiri Perhimpunan Perdana CUEPACS di Universiti Putra Malaysia.

AJK ANULAE Cawangan MP Muar menghadiri sambutan Hari Pekerja CUEPACS

Mesyuarat MBJ

Mesyuarat AJK ANULAE

Persidangan Meja Bulat Wanita CUEPACS

Ahli wanita menghadiri Bengkel Penjagaan Diri Dan Imej Wanita

Kursus Pengurusan Kewangan

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Selayang

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Selayang

Taklimat Peranan Kesatuan Dalam Anggota Penjawat Awam & Taklimat CUEPACS Care

Sdra. Pengerusi dan Setiausaha bersama AJK Cawangan menghadiri Taklimat Peranan Kesatuan Dalam Anggota Penjawat Awam dan Taklimat CUEPACS Care pada 8 Ogos 2019 di Tingkat 8, Menara MPS.

 

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun ANULAE Cawangan MP Selayang Kali Ke-4 Bagi Tahun 1440h/2019

Majlis Perasmian Dewan Datuk Haji Azih Bin Muda

Pada 22 Mei 2019, Tuan Haji Jamaludin Bin Mat Dari, Pengerusi Cawangan dan Sdra. Syed Mohammad Nor Putera Bin Abdul Talib, Setiausaha Cawangan bersama 2 orang AJK telah menghadiri majlis Tazkirah Ramadhan, Bacaan Yasin, Tahlil & Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim serta perasmian Dewan Datuk Hj Azih Bin Muda bertempat di  Ibu Pejabat ANULAE  Semenanjung Malaysia.

Majlis Berbuka Puasa Anulae Cawangan Mp Selayang bersama anak-anak yatim.

 

Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim

Pada  24 Mei 2019 ANULAE Cawangan MP Selayang Bersama Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Majlis Ihya’ Ramadhan dan Majlis Menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Anak Yatim dan kakitangan yang kurang berkemampuan Bertempat di Lobi Menara MPS.

 

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Adnan Bin Mat, Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan Tuan Haji Ibrahim Bin Awang, Naib Presiden 1 ANULAE Semenanjung Malaysia.

YBhg Dato’ Dr. Juhari Bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada  kakitangan yang kurang berkemampuansettings.

Tuan Haji Adnan Bin Mat dan Tuan Haji Ibrahim Bin Awang bergambar bersama-sama ahli ANULAE Cawangan MP Selayang.

Kempen Derma Darah 2019 Anjuran Bersama ANULAE Cawangan MP Selayang & Pusat Darah Negara (PDN) Dengan Kerjasama MPS

Kempen Derma Darah yang telah diadakan pada 31 Julai 2019 di Lobi Menara MPS telah mendapat sambutan daripada kakitangan MPS dan ahli ANULAE Cawangan MP Selayang.