Kursus Asas Kadaran Sebagaimana Perundangan

(Akta Kerajaan Tempatan) Anjuran Bersama ANULAE MP Kulai Dan PEPAM (Persatuan Pegawai Penilaian PBT Malaysia) Siri 2.

Bagi menambah dana ANUALE Cawangan MP Kulai, dalam Mesyuarat Jawatankuasa ANUALE Caw. MPKu Bil 10/2017-2020 yang diadakan pada 11 Oktober 2018, telah bersetuju untuk mengadakan kursus keatas Pegawai-Pegawai Penilaian.  Kursus ini dianjurkan sepenuhnya oleh ANUALE Caw. MP Kulai dan dibantu oleh PEPAM (Persatuan Pegawai Penilaian PBT Malaysia) dalam mendapatkan peserta-peserta dikalangan ahli PEPAM.  Untuk menjimatkan kos Pengerusi ANULAE MP Kulai merangkap Pengerusi PEPAM (Sdr. Dr Haji Soeb bin Haji Pawi) telah bersetuju menawarkan diri sebagai Tenaga Pengajar.

 

Ziarah Kakitangan Yang Sakit

Setiausaha ANULAE Cawangan MP Kulai Cik Sikintan Binti Sirin bersama AJK ANULAE Caw. MPKu menziarahi Puan Norfarawaheda Binti Kassim pengidap sakit buah pinggang di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai. –  Pada 12 Januari 2019 untuk memberi sokongan moral.

Pengerusi ANULAE Caw. MP Kulai Dr Haji Soeb bin Haji Pawi menziarahi Puan Nurhayati Binti Md Salleh Pen. Pegawai Penilaian yang baru menjalani Pembedahan di lutut pada 24 Januari 2019 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (Bersama adalah suami Puan Nurhayati).

Sahabat-sahabat dari MP Kulai menziarahi En. Mahmmod Bin Manat Pembantu Penguatkuasa yang mengidap penyakit Kanser Usus di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Pada 18 November 2018. (Beliau Telah Meninggal dunia pada 22 Januari 2019)

ALFATIHAH.

Ziarah Tuan Setiausaha Agung ANULAE, Encik Ramli bin Khalil

Pengerusi dan Setiausaha serta AJK ANULAE Cawangan MP Kulai menziarahi Tuan Setiausaha Agung ANULAE Encik Ramli bin Khalil yang kurang sihat dirumah beliau Di Bukit Pasir, Muar pada 31 Januari 2019.

 

Aktiviti Tahunan Bulan Ramadan ANULAE Cawangan MP Kulai

 

Membersih Kawasan Tanah Pekuburan Islam Di Tan Yoke Fong, Kulai, Pada Hari Jumaat 24 Mei 2019.