Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Meraikan Bakal Haji ANULAE Cawangan MP Muar

Majlis Sambutan Hari Raya dan Meraikan Bakal Haji bagi tahun 2019 telah disambut dengan meriahnya oleh seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Muar di oleh seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Muar di perkarangan Dewan Jubli Intan, Muar pada 4 Julai 2019.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Mustaffa Kamal bin H.Shamsudin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Encik Azmi bin Ahmad, Setiausaha Majlis Perbandaran Muar dan Barisan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Muar.

Bagi Majlis Perbandaran Muar seramai 5 orang anggota Majlis Perbandaran Muar yang di beri peluang menjalankan ibadah Rukun Islam kelima tersebut. Tiga orang daripada mereka merupakan pesara Majlis Perbandaran Muar. Moga perjalanan pergi dan balik bagi Encik Md Nassir bin Abu, Puan Fadzilah binti Abdul Samad, Puan Mahfuzah binti Rasul, Encik Zailani bin Siyes dan Encik Ali bin Kassim diberkati dan moga memperolehi haji yang mabrur.

Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Haji Dato Kyai Shamsudin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar menyampaikan sumbangan kepada kakitangan yang juga ahli ANULAE yang akan menunaikan fardhu haji.

Memasak Dan Mengedar Bubur Lambuk

Bersempena Majlis Khatam Al Quran peringkat Majlis Perbandaran Muar, ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran (MP) Muar telah mengadakan Majlis Memasak dan Mengedarkan Bubur Lambuk kepada semua anggota Majlis Perbandaran Muar pada 30 Mei 2019 bersamaan 25 Ramadhan 1440H yang merupakan program bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Muar.

Aktiviti memasak dan mengedarkan bubur lambuk dijalankan secara gotong-royong sesama ahli jawatankuasa dan anggota Majlis Perbandaran Muar itu sendiri. Moga ukhwah akan terus terjalin dan moga kita diberikan kesempatan bertemu di Ramadhan akan datang.

ANULAE Cawangan MP Muar ‘Sana Sini’

Pengedaran Kurma Sempena Menyambut Bulan Ramadhan

Perhimpunan Perdana CUEPACS

Pegawai Kanan Cawangan bersama AJK Cawangan menghadiri Perhimpunan Perdana CUEPACS di Universiti Putra Malaysia.

AJK ANULAE Cawangan MP Muar menghadiri sambutan Hari Pekerja CUEPACS

Mesyuarat MBJ

Mesyuarat AJK ANULAE

Persidangan Meja Bulat Wanita CUEPACS

Ahli wanita menghadiri Bengkel Penjagaan Diri Dan Imej Wanita

Kursus Pengurusan Kewangan