Taklimat Peranan Kesatuan Dalam Anggota Penjawat Awam & Taklimat CUEPACS Care
Sdra. Pengerusi dan Setiausaha bersama AJK Cawangan menghadiri Taklimat Peranan Kesatuan Dalam Anggota Penjawat Awam dan Taklimat CUEPACS Care pada 8 Ogos 2019 di Tingkat 8, Menara MPS.



Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun ANULAE Cawangan MP Selayang Kali Ke-4 Bagi Tahun 1440h/2019


Majlis Perasmian Dewan Datuk Haji Azih Bin Muda
Pada 22 Mei 2019, Tuan Haji Jamaludin Bin Mat Dari, Pengerusi Cawangan dan Sdra. Syed Mohammad Nor Putera Bin Abdul Talib, Setiausaha Cawangan bersama 2 orang AJK telah menghadiri majlis Tazkirah Ramadhan, Bacaan Yasin, Tahlil & Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim serta perasmian Dewan Datuk Hj Azih Bin Muda bertempat di Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia.
Majlis Berbuka Puasa Anulae Cawangan Mp Selayang bersama anak-anak yatim.


Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim
Pada 24 Mei 2019 ANULAE Cawangan MP Selayang Bersama Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Majlis Ihya’ Ramadhan dan Majlis Menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Anak Yatim dan kakitangan yang kurang berkemampuan Bertempat di Lobi Menara MPS.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Adnan Bin Mat, Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan Tuan Haji Ibrahim Bin Awang, Naib Presiden 1 ANULAE Semenanjung Malaysia.
YBhg Dato’ Dr. Juhari Bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kakitangan yang kurang berkemampuansettings.



Tuan Haji Adnan Bin Mat dan Tuan Haji Ibrahim Bin Awang bergambar bersama-sama ahli ANULAE Cawangan MP Selayang.