Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Daerah Kemaman Bersama Presiden Cuepacs Malaysia

Melalui Kerjasama Erat Pihak Pengurusan MP Kemaman dan ANULAE Kawasan Kemaman, “Taklimat Isu-Isu Semasa Bersama Presiden CUEPACS” bertempat di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman telah berjaya dianjurkan pada 17 Mac 2019 lalu.

Turut hadir sama adalah wakil-wakil penjawat awam dari setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Terengganu, wakil-wakil jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan di Daerah Kemaman yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Puan Hanum Binti Dato’ Haji Ghazali @ Isa.

Ahli-ahli ANULAE dari setiap PBT di Negeri Terengganu juga turut hadir sama dalam memberi komitmen dalam majlis tersebut.  Program ini adalah mungkin program terakhir Yang Berbahagia Datuk Haji Azih Bin Muda bersama penjawat awam di Negeri Terengganu khususnya di Daerah Kemaman.

 

Program Ziarah Mesra Ahli-Ahli ANULAE Cawangan Terengganu Yang Ditimpa Musibah

Tuan Haji Mohammad Rozali Bin Sulong, Pengerusi ANULAE Kawasan Kemaman merangkap Setiausaha ANULAE Cawangan Terengganu bersama Puan Tuan Sharifah Binti Syed Sidek, Penolong Setiausaha Cawangan Terengganu menziarahi Encik Kasmi Bin Ariffin dan Encik Mohd Amin  Bin Ghulam di Hospital Daerah Kemaman pada 26 Mei 2019.

 

ANULAE Cawangan Terengganu (Kawasan Kemaman)

Bertempat di Seberang Tayor Kemaman, Puan Tuan Sharifah Bin Syed Sidek, Penolong Setiausaha Cawangan Terengganu bersama AJK Kawasan Puan Halimaton Othman menziarahi Puan Mery Binti Akil penghidap penyakit Dimentia pada 23 Mei 2019. 

 

ANULAE Cawangan Terengganu (Kawasan Marang)

Pada 16 Mei 2019 Encik Zakaria Bin Muhammad, Pengerusi ANULAE Kawasan Marang bersama Puan Kusniwati Binti Ismail, Setiausaha ANULAE Kawasan Marang menziarahi Encik Mohamad Bin Idris, AHLI ANULAE Cawangan Terengganu yang terlibat dalam kemalangan jalanraya.

ANULAE Cawangan Terengganu (Kawasan Marang)

Pada 12 April 2019 Encik Zakaria Binmuhammad, Pengerusi ANULAE Kawasan Marang menziarahi Encik Affandi Bin Ismail di Merchang Marang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.