Aktiviti ANULAE Cawangan DBKL (Staff)

Aktiviti ANULAE Cawangan DBKL (Staff)

Kunjung Hormat Kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur

Kunjung Hormat Ahli Jawatankuasa ANULAE DBKL Kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Nor Hisham Bin A Dahlan pada 16 November 2018 di Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tingkat 27 Menara DBKL 1.

 

Majlis Persaraan Bendahari Dan Ahli Jawatankuasa ANULAE DBKL

Majlis Persaraan Bendahari dan Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan DBKL pada 16 April 2019 di Dewan Megapuri, Tingkat 30, Menara DBKL 1.

 

Program Agihan Bubur Lambuk Anjuran Cawangan ANULAE DBKL

Program Agihan Bubur Lambuk Anjuran ANULAE Cawangan DBKL kepada Ahli, Pegawai Dan Kakitangan DBKL Sempena Ramadhan 1440H. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Nor Hisham Bin A Dahlan; Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 27 Mei 2019 Di Ruang Legar, Menara DBKL 1.

 

Kunjung Ke CUEPACS Cawangan Negeri Perak

Kunjung Hormat Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan DBKL Ke CUEPACS Cawangan Negeri Perak pada 25 Januari 2019, di Pejabat Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, Ipoh, Perak.

 

Aktiviti ANULAE Cawangan MDN Selangor

Aktiviti ANULAE Cawangan MDN Selangor

Lawatan ANULAE Cawanagn MDN Selangor Ke Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Perbandaran Kangar

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 di Ipoh Perak Pada 2 Mei 2019

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan MDN Selangor

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan MDN Selangor Bilangan 03/2019 (Kali Ke-8 Bagi Tempoh 2017-2020).

 

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Seberang Perai

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Seberang Perai

Majlis Perbandaran Seberang Perai – Retreat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Di Pulau Pinang

Penyampaian Cek Dermasiswa Kecemerlangan

Sdra. Mohd Tahir Bin Othman, Pengerusi ANULAE Cawangan MP Seberang Perai menyampaikan cek sumbangan dermasiswa kecemerlangan pelajaran kepada ahli yang mempunyai anak cemerlang.

 

Sumbangan Cerderahati Hari Raya Aidil Fitri 2019

Sdra. Mohd Tahir Bin Othman, Pengerusi ANULAE Cawangan MP Seberang Perai menyampaikan sumbangan cenderahati sempana Hari Raya Aidilfitri kepada ahli –ahli ANULAE Cawangan MP Seberang Perai.

 

Aktiviti ANULAE Cawangan Terengganu

Aktiviti ANULAE Cawangan Terengganu

Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Daerah Kemaman Bersama Presiden Cuepacs Malaysia

Melalui Kerjasama Erat Pihak Pengurusan MP Kemaman dan ANULAE Kawasan Kemaman, “Taklimat Isu-Isu Semasa Bersama Presiden CUEPACS” bertempat di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman telah berjaya dianjurkan pada 17 Mac 2019 lalu.

Turut hadir sama adalah wakil-wakil penjawat awam dari setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Terengganu, wakil-wakil jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan di Daerah Kemaman yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Puan Hanum Binti Dato’ Haji Ghazali @ Isa.

Ahli-ahli ANULAE dari setiap PBT di Negeri Terengganu juga turut hadir sama dalam memberi komitmen dalam majlis tersebut.  Program ini adalah mungkin program terakhir Yang Berbahagia Datuk Haji Azih Bin Muda bersama penjawat awam di Negeri Terengganu khususnya di Daerah Kemaman.

 

Program Ziarah Mesra Ahli-Ahli ANULAE Cawangan Terengganu Yang Ditimpa Musibah

Tuan Haji Mohammad Rozali Bin Sulong, Pengerusi ANULAE Kawasan Kemaman merangkap Setiausaha ANULAE Cawangan Terengganu bersama Puan Tuan Sharifah Binti Syed Sidek, Penolong Setiausaha Cawangan Terengganu menziarahi Encik Kasmi Bin Ariffin dan Encik Mohd Amin  Bin Ghulam di Hospital Daerah Kemaman pada 26 Mei 2019.

 

ANULAE Cawangan Terengganu (Kawasan Kemaman)

Bertempat di Seberang Tayor Kemaman, Puan Tuan Sharifah Bin Syed Sidek, Penolong Setiausaha Cawangan Terengganu bersama AJK Kawasan Puan Halimaton Othman menziarahi Puan Mery Binti Akil penghidap penyakit Dimentia pada 23 Mei 2019. 

 

ANULAE Cawangan Terengganu (Kawasan Marang)

Pada 16 Mei 2019 Encik Zakaria Bin Muhammad, Pengerusi ANULAE Kawasan Marang bersama Puan Kusniwati Binti Ismail, Setiausaha ANULAE Kawasan Marang menziarahi Encik Mohamad Bin Idris, AHLI ANULAE Cawangan Terengganu yang terlibat dalam kemalangan jalanraya.

ANULAE Cawangan Terengganu (Kawasan Marang)

Pada 12 April 2019 Encik Zakaria Binmuhammad, Pengerusi ANULAE Kawasan Marang menziarahi Encik Affandi Bin Ismail di Merchang Marang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Kuantan

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Kuantan

Penyampaian Peniaga Cemerlang Bazar Ramadan 2019

Penyampaian Peniaga Cemerlang 2019 Bazar Ramadan Peramu Oleh Ahli Majlis MPK YH. Dato’ Hasnul Hamidi Bin Harun, DIMP Pada 31 Mei 2019.

 

Penyampaian Peniaga Cemerlang 2019 Bazar Ramadan Beserah Oleh Ahli Majlis MP Kuantan Puan Hajah Wan Napia’ah Bt Yusop, PJK Pada 31 Mei 2019.

Program Ziarah Ramadan 2019

Sdra. Rosly Bin Hitam, Setiausaha ANULAE Cawangan MP Kuantan bersama AJK Cawangan mengadakan program ziarah ramadhan bagi menyampaikan sumbangan kepada ahli yang memerlukan.

 

Sumbangan Kecemerlangan Dermasiswa 2019