Aktiviti ANULAE Cawangan MP Selayang

Aktiviti ANULAE Cawangan MP Selayang

Taklimat Peranan Kesatuan Dalam Anggota Penjawat Awam & Taklimat CUEPACS Care

Sdra. Pengerusi dan Setiausaha bersama AJK Cawangan menghadiri Taklimat Peranan Kesatuan Dalam Anggota Penjawat Awam dan Taklimat CUEPACS Care pada 8 Ogos 2019 di Tingkat 8, Menara MPS.

 

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun ANULAE Cawangan MP Selayang Kali Ke-4 Bagi Tahun 1440h/2019

Majlis Perasmian Dewan Datuk Haji Azih Bin Muda

Pada 22 Mei 2019, Tuan Haji Jamaludin Bin Mat Dari, Pengerusi Cawangan dan Sdra. Syed Mohammad Nor Putera Bin Abdul Talib, Setiausaha Cawangan bersama 2 orang AJK telah menghadiri majlis Tazkirah Ramadhan, Bacaan Yasin, Tahlil & Majlis Berbuka Puasa bersama anak2 yatim serta perasmian Dewan Datuk Hj Azih Bin Muda bertempat di  Ibu Pejabat ANULAE  Semenanjung Malaysia.

Majlis Berbuka Puasa Anulae Cawangan Mp Selayang bersama anak-anak yatim.

 

Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim

Pada  24 Mei 2019 ANULAE Cawangan MP Selayang Bersama Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Majlis Ihya’ Ramadhan dan Majlis Menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Anak Yatim dan kakitangan yang kurang berkemampuan Bertempat di Lobi Menara MPS.

 

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Adnan Bin Mat, Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan Tuan Haji Ibrahim Bin Awang, Naib Presiden 1 ANULAE Semenanjung Malaysia.

YBhg Dato’ Dr. Juhari Bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada  kakitangan yang kurang berkemampuansettings.

Tuan Haji Adnan Bin Mat dan Tuan Haji Ibrahim Bin Awang bergambar bersama-sama ahli ANULAE Cawangan MP Selayang.

Kempen Derma Darah 2019 Anjuran Bersama ANULAE Cawangan MP Selayang & Pusat Darah Negara (PDN) Dengan Kerjasama MPS

Kempen Derma Darah yang telah diadakan pada 31 Julai 2019 di Lobi Menara MPS telah mendapat sambutan daripada kakitangan MPS dan ahli ANULAE Cawangan MP Selayang.

 

Aktiviti ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam

Aktiviti ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam

Kunjungan Hormat ANULAE Cawangan Shah Alam kepada Datuk Bandar Baharu MB Shah Alam

Kunjungan Hormat AJK Kanan ANULAE Cawangan MB Shah Alam kepada Datuk Bandar Baharu Majlis Bandaraya Shah Alam Ybhg. Dato’ Haji Haris Bin Kasim pada 13 Jun 2019 di Pejabat Datuk Bandar, Tingkat 1 Wisma MBSA.

 

Majlis Budi Disanjung Bakti Dijunjung Tn. Hj. Rosli bin Bakar

Majlis Persaraan Tn. Hj. Rosli bin Bakar, Timbalan Setiausaha MBSA merangkap Pengarah Pelesenan.

 

Ziarah Mesra ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya (MB) Shah Alam Ke Hospital

Ziarah Mesra Anulae Cawangan Shah Alam kepada ahli-ahli yang sedang  mendapat rawatan di Hospital Avesina Seksyen 14, Hospital KPJ Shah Alam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hosptal Putrajaya di antara tarikh 1 Jan 2019 hingga 15 Jun 2019.

 

Bengkel Pemerkasaan Program Persatuan Dalaman MBSA Siri 1/2019

Bengkel Pemerkasaan Program Persatuan Dalaman MBSA Siri 1/2019 yang telah disempurnakan pada 30-31 Januari 2019 di Hotel De Palma Seksyen 19, Shah Alam.

 

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 pada 2 Mei 2019 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

 

Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019

Majlis Makan Malam sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 anjuran Kerajaan Negeri Perak pada 1 Mei 2019 bertempat di Laman Seri Ridzuan (Kediaman lama YAB Menteri Besar).

Kejohanan Ten Pin Boling Tertutup Piala Pusingan Presiden ANULAE 2019

Kejohanan Ten Pin Boling Tertutup Piala Pusingan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia 2019 telah berlangsung pada 26 Januari 2019 lalu di Sunshime Square Pulau Pinang.

Aktiviti ANULAE Cawangan MD Hulu Selangor

Aktiviti ANULAE Cawangan MD Hulu Selangor

Program Sumbangan Kepada Kakitangan MDHS Sempena Hari Raya 2019

AJK ANULAE Cawangan MD Hulu Selangor melawat ke rumah ahli bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan Hari Raya 2019.

 

Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 2019 kepada kakitangan MD Hulu Selangor

Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri 2019 kepada kakitangan MD Hulu Selangor disampaikan oleh AJK ANULAE Cawangan MD Hulu Selangor di Pejabat MD Hulu Selangor.

 

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Dan Rendang Ayam 2019

Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Dan Rendang Ayam Dengan Kerjasama ANULAE Cawangan MDHS, Kelab Sukan Dan Kebajikan MDHS Dan Majlis Daerah Hulu Selangor berlangsung pada 23 MEI 2019.

Program berlangsung di Tapak Pakir Pegawai MDHS Di Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor.

 

Aktiviti ANULAE Cawangan MDN Selangor

Aktiviti ANULAE Cawangan MDN Selangor

Lawatan ANULAE Cawanagn MDN Selangor Ke Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Perbandaran Kangar

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 di Ipoh Perak Pada 2 Mei 2019

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan MDN Selangor

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan MDN Selangor Bilangan 03/2019 (Kali Ke-8 Bagi Tempoh 2017-2020).