
Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA ke-34
Persidangan ANGKASA yang ke 34 telah di adakan baru-baru ini iaitu pada hari Sabtu, 29 Jun 2019.
Persidangan ANGKASA yang ke 34 telah di adakan baru-baru ini iaitu pada hari Sabtu, 29 Jun 2019.
Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018
Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018 yang julung-julung kalinya diadakan, telah disertai oleh ahli-ahli wanita dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Persidangan ini telah diadakan di Dewan Sivik MBPJ pada 17 November 2018.
Sessi sidang pleno disertai oleh Penal Jemputan iaitu Encik Mohd Hasdi Bin Muda, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Jabatan Pembangunan Wanita, Puan Noorizai binti Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar Kanan, Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UPM, Dr. Izham Bin Nayan, Pengarah Latihan & Penyelidikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut serta oleh Datuk Haji Azih Bin Muda, Presdien ANULAE Semenanjung Malaysia.
Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2018
Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2018 telah diadakan pada 3 – 4 Disember 2018 bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya, Cheras, Kuala Lumpur. Penganjuran Konvensyen adalah kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ANULAE Cawangan DBKL dan ANULAE Semenanjung Malaysia.
UCAPAN ALU-ALUAN
Ucapan alu-aluan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Presiden CUEPACS Malaysia.
UCAPAN PERASMIAN
Ucapan Perasmian oleh YB. Hajjah Zuraidah binti Kamaruddin Menteri Kementerian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
CENDERAHATI DARI DATUK BANDAR K. LUMPUR
Penyampaian Cenderahati oleh Y.Bhg. Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan Datuk Bandar Kuala Lumpur kepada YB. Hajjah Zuraidah binti Kamaruddin.
CENDERAHATI DARI PRESIDEN ANULAE
Penyampaian Cenderahati oleh Y.Bhg. Datuk Azih bin Muda Presiden ANULAE kepada YB. Hajjah Zuraidah binti Kamaruddin.
POTRAIT PESERTA BERSAMA MENTERI
Gambar peserta konvensyen bersama YB. Hajjah Zuraidah binti Kamaruddin, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PORTRAIT PEGAWAI TERTINGGI ANULAE BERSAMA MENTERI
Gambar Pegawai Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja ANULAE Semenanjung Malaysia Bersama Y.Bhg. Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan Datuk Bandar Kuala Lumpur Serta YB. Hajjah Zuraidah binti Kamaruddin, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
PEMBENTANGAN KERTAS-KERJA PERTAMA
Pembentangan kertas-kerja pertama telah dibentang Oleh Profesor Madya Dr. Kuppusamy a/l Singaravello daripada Universiti Malaya dengan tajuk “Cabaran Pihak Berkuasa Tempatan Konteks Overview Ekonomi”.
.
PEMBENTANGAN KERTAS-KERJA KEDUA
Pembentangan kertas kedua telah dibentang Oleh Dr. Aminuddin bin Hashim Presiden Perbadanan Putrajaya dengan tajuk “Aging Society Rakyat Malaysia”.