Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang

Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang

Pada 30/12/2019 bertempat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah diadakan satu majlis makan malam Jasamu Dikenang bagi menghargai jasa pegawai dan ahli majlis Jawatankuasa Agung yang telah bersara dari perkhidmatan. Dalam majlis tersebut seramai 6 orang Ahli Majlis Jawatankuasa Agung telah diraikan iaitu Sdra. Hj Ibrahim B. Awang, Sdra. Hj Osman bin Chik, Sdra. Rosni bin Abu Bakar, Sdra Mohd Fadzil bin Abdul Aziz dan Sdri. Zaitun bt Ismail.

Penyampaian sijil penghargaan Oleh Presiden ANULAE Datuk Haji Azih bin Muda kepada mantan Naib Presiden I Tuan Haji Ibrahim bin Awang.

Tuan Haji Adnan bin Mat, Presiden Cuepacs Merangkap Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia sedang menyampaikan ucapan.

Presiden ANULAE menerima cenderahati berupa sebuah tanjak daripada ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Seberang Perai yang disampaikan oleh pengerusi cawangan iaitu saudara Mohd Tahir bin Othman.