HALATUJU

HALATUJU ANULAE SEMENANJUNG MALAYSIA

HALA TUJU 1: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN IBU PEJABAT

Memantapkan kepimpinan pengurusan dan mengurus tadbir urusan Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia.

Penyataan Hala Tuju

  • Pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat yang diamalkan masakini adalah merupakan kesinambungan proses berdasarkan kepada pengalaman serta kepakaran mereka yang terdahulu.
  • Pengekalan kepada amalan tersebut telah dijadikan satu budaya yang membataskan usaha bagi melaksanakan sesuatu inovasi atau pendekatan baru kearah penambahbaikan kepada perkhidmatan yang sedia ada.
  • Pengurusan masa kini perlu disemak semula mengikut keperluan semasa.
  • Bersama laksanakan transformasi tuntutan pekerja untuk disampaikan kepada kerajaan secara komprehensif.

 Tindakan yang patut dilakukan

  1. Penyediaan serta pengkhususan bidang tugas yang lebih spesifik serta terarah bagi mencapai matlamat organisasi.
  2. Menyemak serta mencadangkan pengubahsuaian kepada prosedur kerja semasa secara berperingkat mengikut kesesuaian.
  3. Menyemak serta melaksanakan pengubahsuaian kepada sistem pengurusan dan pentadbiran masakini dengan mengambil kira pendekatan yang diperkenalkan melalui pengeluaran pelbagai Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang perlu diadaptasikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran ANULAE Semenanjung Malaysia.
  4. Meningkatkan keupayaan serta kemampuan penggunaan sistem komputer bagi memudahkan setiap proses kerja.
  5. Penyelarasan kepada bidang tugas serta tanggungjawab kakitangan dengan mengambil kira kekuatan sumber yang sedia ada berbanding dengan beban tugas yang sebenar.

HALA TUJU 2: PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN

Merancang serta melaksanakan program serta aktiviti pendidikan untuk ahliANULAE Semenanjung Malaysia.

Pernyataan Hala Tuju

  • Sebagai sebuah kesatuan sekerja bertaraf kebangsaanANULAE Semenanjung Malaysia tidak dapat mengelakkan diri serta terpaksa bersaing dengan lain-lain kesatuan sekerja termasuk pihak pengurusan majikan di peringkat Negara, negeri serta cawangan/kawasan di dalam usaha untuk memperjuangkan nasib pekerja yang diwakilinya.
  • Kepentingan kepada pelbagai ilmu, kemahiran serta kepakaran tertentu dilihat sebagai pra-syarat untuk menghasilkan perbincangan serta perhubungan berkualiti di dalam menjayakan sesuatu tuntutan ANULAE Semenanjung Malaysia.

Tindakan yang perlu dilaksanakan

  1. Meneruskan program kursus, seminar dan taklimat kepada ahli exco sehari sebelum mesyuarat Jawatankuasa Agung (Exco) diadakan.
  2. Merancang serta melaksanakan pelbagai program pendidikan dan pembelajaran melalui konsep ‘smart partner’ dengan lain-lain pihak yang berkepentingan.
  3. Menjadikan penganjuran program pendidikan dan pembelajaran sebagai sebahagian dari pulangan sumber kewangan kepadaANULAE Semenanjung Malaysia.

Merancang serta melaksanakan program kursus/seminar yang memberi penekanan kepada modul yang relevan dengan keperluan calon yang menduduki Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK).

HALA TUJU 3: PERHUBUNGAN DAN PERLAKSANAAN KONSEP ‘SMART PARTNERSHIP’

Selaras dengan slogan merakyatkan pentadbiran yang menjadi motto kepada kerajaan persekutuan haruslah diaplikasikan untuk menjadikan hubungan lebih baik diantara pekerja dan majikan melalui perhubungan yang berterusan.

Pernyataan Hala Tuju

  • ANULAE Semenanjung Malaysia sentiasa berhubungan dengan pihak-pihak lain khususnya dikalangan ‘stake holder’ yang mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau secara tidak langsung didalam proses memperkasakan matlamat kewujudannya
  • Memperkasakan peranan Majlis Bersama Jabatan yang menjadi medium rasmi kepada pihak pekerja dan pengurusan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pekerja dan kepentingan bersama. Kegagalan melaksanakan MBJ empat (4) kali setahun seperti yang digariskan di bawah pekeliling perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 kegagalan ketidak seriusan dan ketidak akuran pehak pengurusan terhadap usaha kerajaan untuk menjalinkan hubungan secara lebih strategic di antara pekerja dan majikan.
  • Memperlengkapkan kepimpinan dengan berbagai-bagai maklumat penting serta sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan semua peringkat pengurusan dan ahli.

Tindakan yang perlu diambil

  1. Mengadakan kunjung hormat kepada pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan dari masa ke semasa.
  2. Mengadakan program pelbagai hala melibatkan jabatan dan agensi bagi membincangkan isu-isu semasa yang dihadiri oleh pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia selaras dengan matlamat kerajaan menuju Negara maju menjelang 2020.
  3. Berusaha mewujudkan kerjasama yang baik dengan kerajaan-kerajaan negeri dari semua Pihak Berkuasa Tempatan setiap negeri melalui pembentukan Jawatankuasa Penyelaras dan perhubungan di peringkat negeri.

HALA TUJU 4: KEAHLIAN KESATUAN

Berusaha kearah menjadikan pekerja Pihak Berkuasa Tempatan sebagai ahli kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia atau ANULAE.

Pernyataan Hala Tuju

  • Keahlian kesatuan adalah salah satu sumber kewangan kesatuan dimana bayaran sumbangan 50% yuran keahlian bulanan yang diterima telah digunakan untuk membiayai pelbagai perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran kesatuan.
  • Menggalakkan sikap keterbukaan di kalangan ahli untuk menyumbang sumber kewangan ke dalam tabung yang ditentukan oleh kesatuan bagi memberi kebajikan kepada ahli dan keluarga ahli sehingga bersara daripada perkhidmatan.
  • Untuk memastikan kedudukan kewangan kesatuan terus stabil melalui sumber pendapatan ini, usaha-usaha yang lebih gigih serta berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan bilangan keahlian yang sedia ada
  • Pendekatan lain perlu difikirkan serta dilasanakan bagi mengenalpasti sumber alternatif bagi mengimbangi kedudukan kewangan semasa.

Tindakan yang perlu dilakukan 

 Merancang dan melaksanakan pelbagai program secara bersepadu serta berterusan bagi memastikan keperluan untuk meningkatkan bilangan ahli kesatuan menjadi kepentingan bagi semua pihak di dalamANULAE Semenanjung Malaysia.

HALA TUJU 5: PERKHIDMATAN DAN KEBAJIKAN

KepimpinanANULAE Semenanjung Malaysia semua peringkat mestilah mempunyai tanggungjawab dan responsif kepada semua isu yang berkaitan kebajikan ahli kesatuan pada setiap masa.

Pernyataan Hala Tuju

  • Selaras dengan perkembangan masa kini, usaha untuk memastikan pembiayaan kebajikan dapat disampaikan kepada ahli, kepimpinanANULAE Semenanjung Malaysia mestilah sentiasa proaktif menyediakan faedah-faedah kebajikan yang mampu meringankan beban ahli kesatuan.
  • Pengurusan Kesatuan Sekerja termasuk ANULAE Semenanjung Malaysia telah dapat memperbaiki sistem penggajian dan perkhidmatan termasuk kepada pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam Tempoh 50 tahun perkembangan sektor awam telah dapat melonjakkan kadar gaji lebih tinggi selaras dengan kemajuan dan pembangunan Negara serta keperluan sara hidup.
  • Kesudian ahli untuk menambah sumbangan secara sukarela atau melalui pindaan semula kepada Pindaan Perlembagaan Kesatuan diyakini mampu untuk ANULAE meningkatkan bantuan peekhidmatan dan kebajikan kepada ahli secara berterusan. 

Tindakan yang perlu diambil

  1. Mengkaji semula produk kebajikan yang sedia ada termasuk mengenal pasti produk-produk baru yang mampu untuk dijadikan daya tarikan yang lebih berkesan.
  2. Mengenalpasti usaha bagi meningkatkan keberkesanan penglibatan ANULAE Semenanjung Malaysia di dalam kesatuan gabungan untuk memastikan kes-kes yang melibatkan ahli dapat diperjuangkan selayaknya.

HALA TUJU 6: PENGURUSAN KEWANGAN

  • Sebagai sebuah kesatuan berstatus kebangsaan dan merupakan antara yang terbesar dalam Negara ini adalah menjadi keperluan dan tanggunggjawab supaya urusan-urusan kewangan diurus secara teratur dan patuh kepada tatacara pengurusan yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
  • Melatih ANULAE dari masa kesemasa dalam memiliki pegawai yang cekap, berpengalaman, dedikasi dan amanah bagi menguruskan sumber kewangan kesatuan sama ada melalui sumbangan yuranahli atau sumber-sumber yang dibenarkan pada setiap masa.

HALA TUJU 7: PENGURUSAN CAWANGAN DAN KAWASAN

  • Kekuatan ANULAE di peringkat kebangsaan adalah berkaitrapat dengan bilangan cawangan / kawasan kesatuan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan atau cawangan-cawangan yang menggabungkan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan dan suara akar umbi kesatuan diperingkat bawahan selaras dengan perkembangan alaf baru usaha untuk menjadikan cawangan-cawangan ANULAE lebih berkesan dan berkemampuan melaksanakan berbagai aktiviti diperingkat setempat, maka menjadi tanggungjawab bersama semua peringkat kepimpinan untuk berganding bahu bersama kepimpinan baru yang berketrampilan bagi meneruskan urusan pentadbiran dan pengurusan cawangan serta kawasan supaya lebih di hormati.
  • Adalah menjadi tanggungjawab semua kepimpinan di peringkat cawangan / kawasan untuk menjelaskan kepada pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing akan usaha yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan kesatuan berunding dengan kerajaan bagi menambahbaik sistem gaji, sistem perkhidmatan dan sistem saran.

IBU PEJABAT

Tel: 03 2698 9764 / 03 2694 5119

Faks: 03 2693 3186

No. 74-2 Wisma ANULAE

Jalan Raja Bot, Kampung Baru

50300 Kuala Lumpur.

anulae_off@yahoo.com

Terma & Syarat

Dasar Privasi & Keselamatan

Penafian

ANULAE SEMENANJUNG MALAYSIA

Untuk Berhubung Melalui Email, Sila Lengkapkan Maklumat Di Bawah.

9 + 15 =

CAPAIAN PANTAS

Laman Utama

Keahlian

Perkhidmatan

Faedah Ahli

BLOG

Tentang ANULAE

Hubungi ANULAE

Media

Kemaskini Terakhir:  Sep 6, 2019 @ 6:32 pm

Copyright © 2019-2020 ANULAE Semenanjung Malaysia.