FAEDAH-FAEDAH KEBAJIKAN

Sebagai sebuah Kesatuan yang bertaraf Kebangsaan, elemen  seperti berikut telah menjadi program tetap kebajikan Kesatuan.

INSURAN ANULAE CARE

Kemudahan perlindungan yang komprehensif dan berfungsi sebagai simpanan untuk hari tua disamping skim kesihatan kelompokan.

SAGUHATI PERSARAAN

Bayaran  persaraan kepada ahli yang genap umur  55 tahun sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan selama menjadi ahli ANULAE.

KHAIRAT KEMATIAN

Bayaran Khairat Kematian kepada ahli sebagai tanda simpati serta penghargaan didalam merealisasikan konsep kesatuan penyayang.

DERMASISWA

Dermasiswa kepada anak-anak ahli dan ahli yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM.

PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI

Skim Pinjaman Pengajian Tinggi untuk membantu ahli-ahli membiayai pengajian anak-anak.

KEAHLIAN ANULAE

KEAHLIAN

Keahlian ANULAE Semenanjung Malaysia merangkumi 38 Cawangan dan 8 Kawasan dengan keahlian seramai 22,989 orang, sehingga November 2019.

Cawangan

Kawasan

Ahli

Peratusan Ahli Mengikut Negeri Semenanjung Malaysia

  • Perlis 0.7% 0.7%
  • Kedah 7.2% 7.2%
  • Pulau Pinang 7.4% 7.4%
  • Perak 9.0% 9.0%
  • Selangor 21% 21%
  • W.P. Kuala Lumpur 7.4% 7.4%
  • Negeri Sembilan 7.1% 7.1%
  • Melaka 5.5% 5.5%
  • Johor 16.0% 16.0%
  • Pahang 8.5% 8.5%
  • Terengganu 6.7% 6.7%
  • Kelantan 3.6% 3.6%

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

Apabila seseorang pekerja atau kakitangan itu telah diterima menjadi ahli kesatuannya, maka ahli berkenaan mempunyai kewajipan/tanggungjawab kepada kesatuannya mengikut perlembagaan masing-masing dan diantaranya secara umum adalah seperti berikut :

  • Menjelaskan yuran dengan tetap dan menepati masa atau menentukan yuran bulanannya dipotong mengikut gaji.
  • Memberitahu Setiausaha Cawangan/Kawasan jika bertukar supaya rekod keahlian dikemaskini.
  • Ahli yang menghadiri mesyuarat kesatuan atau mengunakan pejabat kesatuan hendalah berkelakuan baik, jika tidak ia boleh dilarang berada di pejabat kesatuan oleh pegawai kesatuan yang bertanggungjawab.
    • Tidak boleh seseorang ahli menerbitkan sebarang risalah atau pekeliling mengenai kesatuannya melainkan setelah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Kerja/Majlis Jawatankuasa Agung.
    • Mengukuhkan kesatuannya melalui gerak kerja menambahkan keahlian baru melalui cara-cara yang difikirkan sesuai tanpa menimbulkan sebarang masalah.
    • Adalah menjadi tanggungjawab ahli tidak boleh mengumumkan apa-apa kegiatan / aktiviti kesatuannya kepada orang yang bukan ahli atau akhbar-akhbar atau media elektronik tanpa kelulusan Jawatankuasa Kerja / Majlis Jawatankuasa Agung.
    • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang dikhaskan untuk ahli-ahli dan mengambil bahagian didalam proses membuat rumusan atau keputusan atas segala perancangan atau program kesatuan.
    • Menjaga nama baik dan imej kesatuan pada setiap masa.
    • Memastikan perpaduan dan kerjasama yang menyeluruh dan wujud diantara semua ahli kesatuan dengan kesatuan-kesatuan sekerja lain dinegara ini agar dapat dihidupkan suatu perpaduan kebangsaan kaum pekerja di Malaysia.

    HAK AHLI TERHADAP KESATUAN

    Seseorang yang telah diterima menjadi ahli kesatuannya ia mempunyai hak yang sama dengan ahli-ahli yang lain mengikut perlembagaan sebagaimana berikut:

    • Setiap pekerja berhak menjadi ahli sesuatu kesatuan sekerja yang mewakili tempat kerjanya kecuali yang ditetapkan mengikut peraturan atau jenis jawatannya (Diberi perlindungan dibawah Akta Perhubungan Perusahaan Negara ini.
    • Setiap ahli berhak untuk mewakili atau dilindungi oleh kesatuannya.
    • Memastikan kewangan kesatuannya digunakan dengan cara/sistem yang betul untuk kepentingan kesatuan oleh peminpin-peminpin kesatuan dan ahli berhak menyemak / memeriksa semua buku kira-kira, resit, bil dan lain-lain oleh juru odit yang dilantik setelah memberi tempoh yang mencukupi bagi tujuan itu.
    • Setiap ahli berhak bertanding didalam setiap jawatan didalam kesatuannya.
    • Berhak menikmati semua faedah yang termaktub di dalam perlembagaan kesatuannya.
    • Memastikan kewangan kesatuannya digunakan dengan cara/sistem yang betul untuk kepentingan kesatuan oleh peminpin-peminpin kesatuan dan ahli berhak menyemak / memeriksa semua buku kira-kira, resit, bil dan lain-lain oleh juru odit yang dilantik setelah memberi tempoh yang mencukupi bagi tujuan itu.

    IBU PEJABAT

    Tel: 03 2698 9764 / 03 2694 5119

    Faks: 03 2693 3186

    No. 74-2 Wisma ANULAE

    Jalan Raja Bot, Kampung Baru

    50300 Kuala Lumpur.

    anulae_off@yahoo.com

    Terma & Syarat

    Dasar Privasi & Keselamatan

    Penafian

    ANULAE SEMENANJUNG MALAYSIA

    Untuk Berhubung Melalui Email, Sila Lengkapkan Maklumat Di Bawah.

    13 + 1 =

    CAPAIAN PANTAS

    Laman Utama

    Keahlian

    Perkhidmatan

    Faedah Ahli

    BLOG

    Tentang ANULAE

    Hubungi ANULAE

    Media

    Kemaskini Terakhir:  Feb 14, 2020 @ 12:39 pm

    Copyright © 2019-2020 ANULAE Semenanjung Malaysia.