Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018

Persidangan Meja Bulat Wanita ANULAE 2018 yang julung-julung kalinya diadakan, telah disertai oleh ahli-ahli wanita dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Persidangan ini telah diadakan di Dewan Sivik MBPJ pada 17 November 2018.

Sessi sidang pleno disertai oleh Penal Jemputan iaitu Encik Mohd Hasdi Bin Muda, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Jabatan Pembangunan Wanita, Puan Noorizai binti Mohamad Nor, Timbalan Pendaftar Kanan, Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UPM, Dr. Izham Bin Nayan, Pengarah Latihan & Penyelidikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang  turut serta oleh Datuk Haji Azih Bin Muda, Presdien ANULAE Semenanjung Malaysia.