SEJARAH PENUBUHAN
SEJARAH PENUBUHAN ANULAE SEMENANJUNG MALAYSIA
Sejarah penubuhan ANULAE adalah sesuatu yang perlu dikenang dan dihayati. Perjuangan serta kegigihan mereka yang terdahulu yang terpaksa melalui pelbagai cabaran, rintangan dan pahit getir adalah sesuatu yang selayaknya dihargai kerana melalui pengalaman itulah ANULAE mampu kekal hingga ke hari ini.
Usaha untuk menubuhkan sebuah kesatuan sekerja bertaraf kebangsaan bagi kuasa-kuasa tempatan telah bermula sebelum tahun 1960. Pada 25 November 1960 satu persidangan untuk menggubal perlembagaan telah diadakan.
JAWATANKUASA PENGGUBAL UNDANG-UNDANG/PERLEMBAGAAN
Sdr. Mohd Yusof bin Mohd Nor |
Penang Municipal Service Union |
Pengerusi |
Sdr. Ibrahim bin Musa |
Kuala Lumpur Municipal Service Union |
Setiausaha |
Sdr. J.I. Vendergon |
Malacca Municipal Service Union |
AJK |
Sdr. A. Sabaratnan |
Petaling Jaya Service Union |
AJK |
Sdr. P.K. Sinniah |
Petaling Jaya Workers Union |
AJK |
Sdr. K.A. Nair |
Klang Town Council Service Union |
AJK |
Sdr. Edward Lee |
Klang Town Council Service Union |
AJK |
Pada 1 Julai 1962 persidangan khas telah diadakan bagi membincangkan penubuhan ANULAE. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh seramai 48 orang perwakilan yang mewakili 11 kesatuan kuasa tempatan. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara.
JAWATANKUASA SEMENTARA
Sdr. P.K. Sinniah | Petaling Jaya Workers Union | Yang Dipertua |
Sdr. A.J Morris | Kuala Lumpur Municipal Service Union | NYDP |
Sdr. Poh Kim Seng | Malacca Municipal Service Union | NYDP |
Sdr. Ibrahim bin Musa | Kuala Lumpur Municipal Service Union | SUA |
Sdr. Nyam Sue Piow | Petaling Jaya Local Authorities Service Union | Bendahari Agung |
Sdr. Zakaria bin Budin | Johore Local Authorities Workers Union | AJK |
Sdr. B. Williams | Kuala Lumpur Municipal Service Workers Union | AJK |
Sdr. R. Kalugasalam | Klang Town Council Service Union | AJK |
Wakil | Penang Town Council Employee Union | AJK |
Jawatankuasa sementara yang ditubuhkan telah diberi tanggungjawab untuk menubuhkan sebuah kesatuan gabungan bertaraf kebangsaan di Semenanjung Malaysia dengan mengadakan undi sulit dikalangan ahli kesatuan yang bersetuju menubuhkan kesatuan tersebut. Jawatankuasa tersebut juga berfungsi untuk menerima draf perlembagaan yang disediakan oleh JK Penggubal Undang-Undang.
Setelah semua tanggungjawab tersebut diselesaikan, satu persidangan perwakilan yang diwakili oleh 10 buah kesatuan telah diadakan pada 13 Disember 1962 dan telah berjaya menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja.
JAWATANKUASA PENAJA
Dalam persidangan itulah nama “The Amalgamated National Union of Local Authorities Employees” atau nama singkatan ANULAE telah diperkenalkan.
Jawatankuasa Penaja tersebut terus melaksanakan usaha untuk mendaftarkan ANULAE bagi menguruskan segala urusan menjelang persidangan perwakilan yang akan datang. Walau bagaimanapun, di saat-saat akhir pendaftarannya pada 1 April 1963 hanya 7 buah kesatuan sekerja sahaja yang bersetuju untuk mendaftarkan ANULAE.
Sdr. P.K. Sinniah | Yang Di Pertua |
Sdr. A.J Morris | NYDP |
Sdr. J.I Vendergon | NYDP |
Sdr. Ibrahim bin Musa | SUA |
Sdr. Nyam Sue Piow | Bendahari Agung |
Sdr. N. Jayaseelam | AJK |
Sdr. R. Kalugasalam | AJK |
Sdr. B. Williams | AJK |
Sdr. Tahir bin Nazarali | AJK |
Sdr. Minhael Yeow Hon Ming | AJK |
Sdr. A. Rahim bin Ali | AJK |
Sdr. Othman bin Ahmad | AJK |
KESATUAN YANG BERSETUJU MENDAFTARKAN ANULAE
KL Municipal Service Union |
KL Skilled Workers Services Union |
Petaling Jaya Local Authority Union |
Malacca Municipal ServicesUnion |
Klang Town Council Union |
Johor Local Authorities Staff Union |
Kesatuan Pekerja Tempatan Johor |

Usaha gigih yang dilakukan oleh jawatankuasa terlibat telah membuahkan hasil, dimana ANULAE telah diluluskan Sijil Pendaftaran pada 1 Januari 1963. Walau bagaimanapun pada 1 April 1963 ANULAE telah didaftarkan dengan rasminya melalui nombor pendaftaran 342. Pejabat operasinya yang pertama ialah di Selangor Mension, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah yang disebutkan ANULAE telah berjaya mengadakan persidangan perwakilan dwi tahunan yang pertama pada 9 dan 10 November 1963.

SDR. A. J. MORRIS
PRESIDEN, 1963-1967

SDR. NYAM SEOW PIOW
PRESIDEN, 1967-1977

TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HAJI MUHAMMAD
PRESIDEN, 1977-1992

Y. BHG. DATO’ HAJI AB. RAHMAN BIN AB. KADIR
PRESIDEN, 1992-1997

TUAN HAJI RAHIM BIN MAHAD
PRESIDEN, 1997-2004

SDR. ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
PRESIDEN, 2004-2007
Selepas persidangan perwakilan yang pertama diadakan kepimpinan ANULAE pada ketika itu telah melaksanakan tugas yang penting serta mencabar iaitu menyedia Memorandum Khas penyusunan semula kuasa-kuasa tempatan.
Melalui memorandum tersebut, pihak kerajaan telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa penyusunan semula kuasa-kuasa tempatan yang dipengerusikan oleh Dato’ Atinahappen. Laporan Suruhanjaya Atinahappen telah dikeluarkan pada tahun 1966 setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat yang bersidang pada ketika itu.
Laporan Suruhanjaya Atinahappen adalah mengandungi perakuan supaya Majlis-Majlis Tempatan, Luar Bandar dan Daerah yang ada pada ketika itu disatukan dalam satu kerajaan tempatan yang lebih besar. Berikutan dari perakuan itu, proses pemilihan ahli-ahli majlis tempatan yang dilaksanakan secara pilihanraya telah dibatalkan.
Disekitar tahun 1969 kedudukan ANULAE menjadi begitu tergugat apabila berlakunya proses pindaan kepada seksyen 27 Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 iaitu dengan menambah Seksyen Kecil 4 kepada Ordinan tersebut.
SEKSYEN 27 (4)
Tidak mengira syarat-syarat dalam sub seksyen 3, Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran, Bandaran, Tempatan, Lembaga Bandaran, Majlis Daerah dan Majlis Luar Bandar yang bersendirian dalam kewangan (Financially Autonomus) dalam sesebuah negeri boleh memasuki atau menjadi ahli kesatuan sekerja yang mempunyai ahli-ahli yang terhad bagi Perbandaran atau Majlis bandaran, Tempatan, Lembaga Bandaran, Majlis Daerah dan Majlis Luar Bandar yang bersendirian dan kewangan dalam negeri itu.
Penambahan Seksyen 27 (4) dalam Ordinan tersebut antara lain bagi menghalang usaha untuk menubuhkan kesatuan bertaraf kebangsaan bagi pekerja-pekerja di kuasa tempatan di mana mereka hanya disyaratkan untuk menubuhkan kesatuan di peringkat dalaman Majlis Perbandaran, bandaran, Tempatan, Lembaga Bandaran, Majlis Daerah/Luar Bandar sahaja.
Kesan dari pindaan ordinan tersebut telah memaksa ANULAE memberhentikan kegiatannya termasuk tidak mengadakan persidangan perwakilan pada tahun 1969. Usaha untuk mengatasi masalah tersebut tidak dapat dilakukan kerana tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969 di mana Pentadbiran Negara telah diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN )
Pada tahun 1970 pendaftar kesatuan sekerja Malaysia telah menghantar surat perintah dengan tujuan untuk membatalkan pendaftaran ANULAE yang akan dilaksanakan pada atau sebelum 24 Ogos 1970 kerana didakwa melanggar peruntukan di dalam Seksyen 27 (4) Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.
Akibat dari tindakan tersebut ramai ahli telah meninggalkan ANULAE dan Ibu Pejabat ANULAE di Selangor Mension telah dipindahkan ke 3-4 Suleiman Court, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Pada 5 Julai 1970 Mesyuarat Khas Jawatankuasa Agung telah diadakan bagi membincangkan masa depan ANULAE termasuk mencadangkan Mesyuarat Agung Penubuhan semula cawangan dan Proses penutupan Akaun ANULAE. Semua cawangan diarahkan supaya memberhentikan kegiatan buat sementara waktu dan tidak mengambil tindakan secara bersendirian.
Siri perbincangan telah diadakan dengan SU Kementerian Dalam Negeri, Menteri Buruh, Menteri Muda Buruh dan Menteri Tugas-Tugas Khas bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Pada 12 Ogos 1970, surat rayuan telah dihantar kepada Menteri Buruh.
Pada pertengahan tahun 1971, satu Rang Undang-undang kepada Seksyen 27 (4) telah diluluskan oleh dewan Rakyat. Melalui kelulusan Rang Undang-undang tersebut, ANULAE telah kembali berperanan seperti sediakala. Jika usaha ini gagal dilaksanakan, ANULAE hanya mampu wujud selama 7 tahun sahaja.
KEJAYAAN
Pemulihan ANULAE telah memberi nafas baru kepada pergerakkan tersebut. Justeru itu ia menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang menguji kewibaannya. Dalam usaha mendapatkan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik untuk pekerja-pekerja dalam Kuasa-kuasa Tempatan, ANULAE telah mendesak kerajaan supaya melaksanakan semakan gaji tersebut.
Kerajaan bersetuju. Satu jawatankuasa dibentuk yang kemudiannya dikenali sebagai Suruhanjaya Gaji Harun. Sekali lagi ANULAE telah berjaya mengemukakan memorendum setebal 550 muka kepada Jawatankuasa tersebut pada 07 Ogos 1971. Akhirnya Laporan Harun dikeluarkan oleh kerajaan yang pada keseluruhannya perlaksanaannya itu telah mengembirakan pekerja-pekerja di Kuasa-kuasa Tempatan. Sejak itu ANULAE telah dikenali ramai. Ramailah pekerja-pekerja dalam perkhidmatan kuasa tempatan yang dahulunya meragui keupayaannya telah memohon menjadi ahli. Dari sinilah bermulanya keahlian ANULAE meningkat begitu drastik sekali.
LAMBANG KEMEGAHAN
Dalam tahun-tahun selepas penubuhannya, Pegawai-pegawai Tertinggi ANULAE ketika itu mula memikirkan untuk mengadakan sebuah bangunan sendiri untuk dijadikan Ibu Pejabatnya. Namun begitu perancangan seumpama itu memakan masa yang agak lama, kerana ia melibatkan kewangan yang agak besar. Tetapi usaha kearah itu tetap dijalankan, tidak mengira siapa yang akan menikmati kejayaannya kelak.
Bagi mencapai objektif tersebut, satu majlis makan malam telah diadakan sempena pelancaran tabung bangunan Ibu Pejabat ANULAE yang dirasmikan oleh YB Datuk Ong Kee Hui, Menteri Teknologi, Penyelidikkan dan Kerajaan Tempatan pada 30 April 1973. Majlis diadakan di Dewan Banquet, Federal Hotel Kuala Lumpur itu juga merupakan perayaan menyambut ulang tahun ke 10 penubuhan ANULAE.
Pemimpin datang dan pemimpin pergi, namun kesinambungan tanggungjawab tetap ada di atas bahu pemimpin-pemimpin yang terkemudian. Dengan rasa tanggungjawab yang ada pada pemimpin-pemimpin sekarang ini dan sokongan dari ahli-ahli seluruhnya, nah ! kini tersergam sebuah bangunan Ibu Pejabat ANULAE di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur sebagai satu lambang kemegahan. Bukan sekadar itu, kita telah menambahkan lagi 3 unit 4 tingkat bangunan kedai/pejabat di Bandar Utara, Kompleks Pasar Borong Selayang , Kuala Lumpur .
ANULAE juga telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia apabila dinobatkan sebagai “ KESATUAN CONTOH SEKTOR AWAM “ pada tahun 1997 bersempena Sambutan Hari Pekerja ( Hari Buruh ) tahun tersebut. Inilah Lambang Kemegahan yang tersemat kuat didada ANULAE Semenanjung Malaysia.
KATA BIJAK PANDAI
Untuk menjadi seseorang pemimpin, anda harus mampu menyuruh orang lain mengikuti anda dan tiada siapa yang mahu mengikut seseorang yang tidak tahu hala tuju.
Kemaskini Terakhir:

IBU PEJABAT
Tel: 03 2698 9764 / 03 2694 5119
Faks: 03 2693 3186

No. 74-2 Wisma ANULAE
Jalan Raja Bot, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur.

anulae_off@yahoo.com
Terma & Syarat
Dasar Privasi & Keselamatan
Penafian
ANULAE SEMENANJUNG MALAYSIA
Untuk Berhubung Melalui Email, Sila Lengkapkan Maklumat Di Bawah.
CAPAIAN PANTAS
Laman Utama
Keahlian
Perkhidmatan
Faedah Ahli
BLOG
Tentang ANULAE
Hubungi ANULAE
Media
Kemaskini Terakhir:
Copyright © 2019-2020 ANULAE Semenanjung Malaysia.